Ramadhan Sales : Miracle Journal RM60 (RM18 OFF!)
RM52.00
Combo SP x JIWA
16 reviews
Price RM52.00
Brand Nukilan Biruni Publication
Availability In Stock
Vintage Bookwrap for KHB (+RM10)
+RM10.00
+RM10.00
+RM10.00
Vintage Bookwrap for TLYB (+RM10)
+RM10.00
Quantity
Description
Highlight

Disclaimer: The "Typewriter Note" add-on option will not be available at the moment.

 

 

Anda akan mendapat 4 Bookmark percuma. 

Combo ini menggabungkan dua pesona, dua dunia dan dua penulisan yang berbeza.
Khas buat mereka yang cintakan ilmu dan juga puisi.

 

Daripada Serbanputih, tertulisnya buku bestseller yang berjudul "Ketika Hati Berfatwa". Buku yang mengfokuskan kepada pembahasan ilmu agama dan permasalahan hati. Daripada Jiwa, tertulisnya buku puisi aesthetic yang kini tengah hangat di pasaran, berjudul "Teruntuk Langit Yang Bercanda". Buku puisi yang mengfokuskan kepada self love dan merayakan manusiawi.

 

Sinopsis "Ketika Hati Berfatwa"

Hati itu ibarat raja yang bersemayam di dalam jiwa manusia. Singgahsananya dipikul oleh bala tentera yang merupakan anggota tubuh manusia. Apabila raja itu baik, damailah kerajaannya dan jikalau ia rosak, maka hancur punahlah kerajaannya. Tuhan menjadikan hati manusia sebagai wadah terbitnya nur iman. Sehinggakan Dia tidak melihat kecantikan wajahmu, namun yang dilihat hanyalah kesucian hatimu. Daripada penulis buku bestseller, “Daielogy” dan “Terlena Di Salah Syurga”, kali ini Serban Putih di dalam “Ketika Hati Berfatwa” mengajak pembaca untuk mendengar hatinya berbicara seribu bahasa.

Tatkala dilanda dilema hidup yang rumit. Hati itu seakan memberi fatwa atau nasihat bagaimana hendak dilanjutkan dari titik persimpangan itu. Kerana hati itu memberi petunjuk kepada kebaikan dan ia meronta apabila disasar kepada keburukan. Namun, hati seperti manakah yang mampu memberikan fatwa yang sebenar-benarnya? Maka buku inilah yang bakal mengungkap rahsianya.

 

Sinopsis "Teruntuk Langit Yang Bercanda"

 

Bila mendung
yang diharapkan
hujan bakal menurun
tapi ternyata awan
cuma berpura-pura murung.

 

Bila cerlang
yang disangkakan
biru yang tenang
tapi dengan lekasnya
hujan membuat kejutan.

 

Tetapi,
aku sudah terbiasa
dengan tabiat langit
yang suka bercanda.

 

Maka aku berhenti
menerka-nerka
pada warnanya,
maupun bunyinya,
kerana hasilnya
pasti mengecewakan.

 

Jika langit juga bercanda
apa lagi kamu?

 

Teruskan bersandiwara,
aku disini cuma tertawa
dan tidak akan 
mengharapkan apa-apa.



 

Reviews (16)
view all
back
5
16 reviews
What's in the box
  • Ketika Hati Berfatwa (Edisi Kemas Kini)
  • Teruntuk Langit Yang Bercanda
  • 4 Bookmark Percuma